November 11, 2010

Ya Rabb,
jika aku bukan dari tulang rusuknya,
jangan biarkan aku merindukan kehadirannya
jangan biarkan kulabuhkan hati ini di hatinya
kikislah pesonanya dari pelupuk mata
jauhkan dia dari relung hati selamanya..
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari dan padaMU yang tulus, murni…AMIN.
:))

November 9, 2010


Aku tahu, dia saja boleh mencintai aku dengan sepenuhnya. 
Jadi cintanya seorang aku pada dirinya melebihi dari orang yang dia cintai dulu. 
Cinta pada diri menyebabkan aku jatuh cinta pada kau.
 Kerana aku pasti kau akan lebih membahagiakan aku dari dia..
Biar pahit, aku telan semua ini. 
Apalah dayaku untuk melepaskanmu.. aku akui semua ini ketentuan Ilahi. 
Ada waktunya aku terfikir..kenapa kau tidak bimbang akan kehilanganku ? sedangkan aku terkial-kial, 
bersungguh-sungguh mengejarmu.. 
betapa bodohnya aku! 
Mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Tapi 
moga hari yang mendatang akan menyinari hidupku..d
an tiada lagi kerinduan dan tangisan yang aku 
buangkan untukmu..
kerana ia sudah tidak bererti..
satu pintaku, janganlah kau ulangi peristiwa lalu terhadap 
insan lain..
cukuplah aku yang bodoh!! 
Menyayangimu seperti tiada insan lain yang dapat menggantikan kau 
dalam hatiku di muka bumi ini!
Kenangan semalam telah mendewasakan aku
Adanya seorang aku pada hari ini telah membuktikan bahawa aku adalah aku..
Dan dengan adanya dia hari ini yang mencintai aku..
Itu sudah cukup untuk aku pada hari esok..

Dia yang semalam..
Seorang lelaki yang masih  berada dalam ingatan aku..
Kerana hadirnya seorang dia yang semalam dalam hidup aku..
Telah membuatkan aku pada hari ini tidak mampu untuk mencintai dia yang lain..
Aku berharap seorang dia pada hari semalam akan pergi..
Agar seorang dia hari ini dapat aku sayangi dan cintai..
Untuk itu,
Pergilah dia yang semalam untuk selama-lamanya..

Siapa kata cinta tidak mampu berulang..
cinta pertama telah aku tutup rapat dan membiarkan cinta kedua menguasai segalanya..
selagi ada dia....