October 31, 2013

kebergantungan

Allah swt yang menggerakkan hati-hati manusia, mintalah dengan DIA dan berusaha luar biasa dengan ilmu, yakin dan tawakkal atau kebergantungan yang tinggi kepadaNya. 

Dia hanya akan beri yang terbaik kepada kita apatah lagi bila kita memohon merayu sebagai hamba kepadaNya... in shaa Allah. :)



 

terima kasih ya Allah kerana mengizinkan hati dan lidahku menyebut nama dia.hanya Muhammad.U.Mohamad.

Malam Sejambak Budi Semester 8

the final chapter laid to rest.

8 PISMP BM/PJ/PSV







ukhwah fillah abadan abada.
kerana ilmu kita bertemu, kerana perkenalan ukhwah terjalin, kerana cita2 perpisahan terjadi, dan kerana satu ikatan LILLAH ia akan berkekalan & diredhai. Amin.

MUHAMMAD.U.MOHAMAD

i know there are times when I'm actually hard to be with, but you're still there, trying to keep me. thank you.



April 1, 2013

kematangan?

assalamualaikum...
lama dah tak mai kat sini. tetiba teringin plak nak hapdate. bukan apa.kadang meluat duk stalk2 orang.duk tengok orang2 lain tu ja yang duk hapdate...eh eh..jealous?like seriously? what ever mu lah~

sebenarnyakan.. bila tengok2 balik blog ni yang dah berlabah-labah.. nak tergelak. memang dah tergelak pun. dan nak gelak lagi..hahahahahahahaha..dulu punya tak matang..besala..nama pun dulu..zaman bila punya.zaman tok kaduk...post2 dalam blog pun ntah pape la haii...hahhaa..gelak lagi.

sekarang ni punya duk kutuk kat adik2 yang baru nak up tu lau depa duk post2 kt fb khususnya..

Adik A : "haii..wtpeww tueww?rinduww gileww arh kt kowunk!"

-contoh nye lah..sape adk tu?mungkin adk aku..

ok.lepas tengok status2 yang mcm tu mesti geleng2 pala..n say ish2..budak2 ni..ntah apa2 la..ishh mcm budak2. ya mmg la depa budak2 lagi..biasala. biarkan. kita pun dulu mcm tu jgk..aku la. hahaaa..gelak lagi.

dulu zaman bermyspace dgn matUze..dia belek2 blk our old conversations..hah mmg kantoi aku pn dulu duk wat cmtu..hahaha...

so konklusiooonnya.. proses kematangan tu akan datang dengan sendirinya seiring dengan peningkatan usia.. cehh.. aku dh cukup matang ke? erm erm erm..mak tolong jawab...masak pun xreti lagi.. haha..

so definisi kematangan tu mungkin berbeza bagi setiap individu.. kan.... 

Mengapa Perlu Kematangan? 

Untuk jadi matang ni, kita kena luaskanlah pergaulan kita dengan manusia. kat situ kita akan lihat macam2 pendapat, fikiran, budaya, tatacara hidup, adat, bahasa dan macam2 lagi. Kematangan tak mai dengan hanya duduk kat dalam bilik atau hanya berteori dengan akai sendiri, atau hanya pandai cakap pompang sahaja di pentas, seminar, dewan kuliah, ceramah tanpa turun ke lapangan umat dan merasai sendiri erti kehidupan. haa tudiaa.

Orang yang matang banyak betoi dia pikiaq, sebab dia sudah merasai jatuh dan bangunnya dalam hidup. dia sudah rasa manisnya gula dan masinnya garam di dalam kehidupan. dia dah tpikiaq apa yang boleh dan tidak boleh di dalam pergaulan. Adakah baik dan buruk kesannya. Sebab itu kata2 dia banyak berkias. Jika menegur dlm menyindir. Jika terlalu marah dia jadi diam dari biasa.

Orang yang matang ni tak pikiaq untuk diri sendiri ja. tapi dilihat apa kesannya kat orang lain. Untung dan rugi dikirakan, besar atau sedikit mudaratnya, disesuaikan pula dengan suasana, keadaan dan zaman.cewahh..huhu..

dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :

Telah bersabda RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam : Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya " Hadith hasan riwayat Tirmidzi

jelass.Islam mengajar kita untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia yang menghabiskan umur dan masa secara percuma. Kehidupan perlu diisikan dengan perkara yang dapat memberi manfaat kerana orang yang matang bukan sahaja berfikir untuk waktu sekarang, tetapi sehingga di alam akhirat sana.


jadi, apa2 pun dalam hidup kita ni semuanya akan berbalik semula pada penciptaNYA. semuanya dah ada. DIA dh bg guide dh kat kita. tinggai kita ja yang nak ikut ataupun dak. 

sekian