March 21, 2010

Mekar Kasih Berputik

Ya ALLAH! Sejak bila perasaan ini hadir dalam hatiku? Kenapa aku mula menyukainya? Sejak dia tiada, aku mula menyedari yang aku merinduinya. Dan kini aku terlalu merindui dan menyayanginya setulus hatiku. Kenapa semua ini harus berlaku sedangkan aku sudah mempunyai kekasih hati. Kenapa mesti aku mengingatinya. Bukankah pintu hati ini telah kuserah hanya untuk kekasihku. Kenapa masih ada ruang untuk lelaki lain. Kenapa wajahnya sering aku mimpikan. Curangkah aku pada tunangku, Zakry. Ya ALLAH! Kau berilah aku petunjuk kerana aku tidak mampu untuk memahaminya. Kau tenangkanlah gelora perasaan ku ini. Pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhai.

“ Assalamualaikum. Jauhnya termenung? Ingatkan buah hati ke?”

“ Waalaikumussalam. Mana ada saya termenung. Tengah berfikir la. Tak nampak ke?”

“ Apa pulak. Dari tadi Abang Zril panggil tapi Dhia tak menyahut pun. Telefon pun dah dua tiga kali bunyi tapi Dhia tak jawab pun. Kenapa ni?”

“ Eh! Ya ke? Abang Zril jangan nak kelentong saya la. Mana ada berbunyi telefon ni.”
“ Hahaha..dah makan ke?”

“ Hari ni saya puasa la. Puasa nazar tapi tak boleh cakap apa yang saya nazarkan...rahsia!”

“Tak boleh cakap la ye...”

“Mane boleh. Kalau cakap bukan rahsia namanya. Dah la...malas nak layan Abang Zril ni.”

“ Ye la..awak tu mana boleh layan saya lama-lama.. nanti marah pula si Hakimi tu.”

“ Kenapa pula dia nak marah? Saya bukannya ada apa-apa pun dengan dia.”

“ Sekarang memang la tak ada apa-apa, nanti-nanti ada la tu. Hehe. Bye.”

“ Hmm..yalah tu.”

Oh Tuhanku! Perasaan ini datang lagi dalam diriku. Kenapa aku mesti merindui wajahnya? Kenapa tidak sedikit pun aku merindui tunangku, Zakry. Hakimi...sejak bila wajahmu muncul dalam ruang hatiku ini. Kenapa mesti aku merindui dirimu. Ahh...aku harus lupakan perasaan ini. Bukankah aku akan menamatkan zaman bujangku tidak lama lagi. Mungkin ini ujian buatku..ujian yang mungkin menguji tahap kesetiaanku kepada Zakry. Aku harus merindui Zakry bukannya Hakimi...dia tiada apa-apa ikatan denganku dan aku harus menghapuskan perasaan ini.

“ Assalamualaikum..hoi cik kak! Tak nak pergi makan ke?”

“ Oh mak hang! Eh..kau rupanya! Waalaikumussalam. Terkejut aku tau. Jangan la sergah aku macam tu. Kau pergilah dulu. Aku tunggu Zakry!”

“ Ohh..ada date rupanya hari ni. Ok la..aku pergi dulu ya. Bye.”

Aku masih menunggu kehadiran Zakry yang beria-ia benar mengajak aku keluar makan tengah hari tadi. Hai.. mana pulak Zakry ni. Selalu tak pernah lambat pun. Tiba-tiba handphone ku berbunyi. Tertera nama Zakry di skrin.

“ Hello! Abang kat mana ni? Dah lama Dhia tunggu, kenapa tak sampai lagi?” tanyaku, resah.

“ Sabarlah sayang. Abang on the way ni. Traffic jam la sayang..sabar ye! Jangan marah-marah tau...Susah nak pujuk sayang ni. Ok..tunggu abang ye. Ingat...walau apa pun yang terjadi, Dhia Darwina...abang tetap sayangkan Dhia. I love you...” ujar Zakry dan tiba-tiba talian terus terputus.

Aku terus resah dengan situasi itu. Macam ada sesuatu yang akan berlaku saja? Ahh..sekejap lagi sampai la Zakry. Tunggu saja la. Agaknya talian terputus atau bateri handphone habis. Jangan fikir bukan-bukan la, Dhia. Hmm..sayang sungguh kat aku ya. Takut benar dia aku merajuk. Aku ni pun bukan jenis perempuan yang mengada-ngada. Nak merajuk tak tentu pasal.
Sebenarnya aku tak marah pun dia terlambat...Cuma aku risau sesuatu terjadi ke atas dirinya. Entah la..sejak dua tiga hari ni, aku selalu rasa tak sedap hati...macam ada sesuatu yang akan terjadi tapi aku tak tahu perkara apa yang akan terjadi tu. Hmm.. biarlah, perasaan aku agaknya. Maklumlah...dalam dua tiga minggu lagi aku akan diijab kabul dengan Zakry. Mungkin perasaan takut agaknya. Hmm.. Zakry yang kini aku kenali masih sama seperti Zakry yang aku kenali ketika zaman remajaku dahulu. Fikiranku mengimbas kembali saat-saat pertemuan yang telah membuat aku jatuh hati padanya.

“ Hoi..mana awak letak mata hah!” marahku apabila dirempuh oleh seorang pemuda..habis bertaburan segala buku yang aku dakap. Marah benar aku..dah la nak cepat ni..nanti mak bising pulak. Dah la tadi bas lambat..ni kena langgar la pulak. Tanpa memandang wajah pemuda di hadapanku, aku terus membongkok mengutip kembali buku-buku dan segala yang bertaburan. Sambil mengutip, aku terus membebel di dalam hati. Pemuda yang melanggarku turut membantu aku.

“ Maafkan saya..tak sengaja. Nak cepat sangat sampai tak nampak awak tadi..sekali lagi maafkan saya,” ujarnya sambil ligat mengutip buku-buku yang bertaburan. Aku diam dan terus berdiri. Membiarkan pemuda itu mengutip segala buku-buku rujukan SPMku.

“ Awak jangan la marah. Orang tua-tua cakap kalau selalu marah nanti cepat tua tau. Cuba awak senyum sikit,” usiknya. Buku-buku itu masih berada di tangannya.

“ Eh...mengada-ngada la pulak mamat ni..aku sekeh kang. Bagi la buku aku tu cepat,” rungutku dalam hati.

“ Apa awak peduli saya cepat tua ke tak. Awak jangan nak menyibuk la. Bak sini buku saya tu,” angin betul aku dengan mamat ni tapi macam pernah nampak aje muka dia ni tapi kat mana ya..ahh..lantak la. Tak penting pun.

“ Ok la. Nah, buku awak,” dihulurnya buku-buku itu sambil matanya menatap segenap wajahku. Sejenak mata kami bertentangan. Ada rasa getar di kalbu namun aku cepat-cepat menepis perasaan itu jauh dari lubuk hatiku dengan melarikan mataku dari terus bertentangan dengan matanya. Tanpa membuang masa aku terus mengambil buku-buku itu dan terus meninggalkan pemuda itu.

“ Eii..awak nak ke mana tu? Bagi tau la nama awk? Boleh saya tambahkan lagi kenalan saya. Eii..tunggu dulu,” dia mengejar dan menghalang perjalanku.

“ Wah...ni dah lebih ni. Aku sekeh jugak mamat ni nanti,” rungutku dalam hati dan menghentikan langkahku.

“ Apa awak nak lagi? Awak ingat saya ada masa nak layan awak? Tak payah la awak nak berkenalan dengan saya. Saya dah kahwin dan dah ada anak lima. Awak boleh blah..bye!” dengan kata-kata itu aku terus melangkah dengan laju. Sebelum itu sempat aku menjeling pemuda itu. Ada riak kurang percaya di wajahnya tapi aku peduli apa. Gatal..dah la aku langsung tak kenal...ada hati nak ngorat aku. Boleh blah la.

“ Assalamualaikum,” terdengar suara memberi salam di luar rumah. Eh..macam kenal aje suara tu. Hah..memang pun. Aku rasa macam mamat tadi. Apa lagi yang dia nak ni. Nanti kau. Lepas buka pintu siap la kau.

“ Waalaikumussalam. Hah..awak lagi. Apa yang awak nak ni? Kan saya dah kata saya dah ada anak lima. Awak ni tak reti bahasa ke? Awak nak saya bercakap dalam bahasa Thailand ke baru awak nak faham? Boleh tak awak pergi dari rumah saya?” sungguh kurang sopannya kata-kata aku itu tapi aku harus segera menghalaunya dari rumah sebelum mak nampak.

“ Saya peduli apa..hmm..boleh ke awak cakap dalam bahasa Thailand ni? Cuba cakap sikit saya nak dengar,” ujarnya bersahaja dan terus menanggalkan kasut lalu masuk. Amboi..dah melebih ni. Baik aku jerit panggil mak aku. Biar kena belasah sikit mamat tak reti bahasa ni.

“ Apa halnya Dhia. Sampai dapur mak dengar suara tu. Perlahan la sikit. Awak tu perempuan. Dah la tu anak dara pulak. Cuba bawak-bawak bersopan sikit dengan tetamu. Siapa tu, Dhia,”
Eh..mak ni. Macam tahu-tahu saja aku nak panggil dia. Ha..nanti tau la nasib kau wahai pemuda.

“ Mak...ni ada orang gila datang rumah kita. Mak..mari la halau orang gila ni. Dia kacau Dhia tengah jalan tadi,” aduku tanpa mempedulikan riak wajah pemuda di hadapanku ini.

“ Orang gila mana pula ni, Dhia. Biar mak tengok sikit. Tepi..biar mak aje yang halau. Sapa la yang berani ngorat anak mak ni sampai ke depan rumah. Nanti kau. Eh...Zakry! Ingatkan orang gila mana la tadi. Dah lama ke sampai? Mari la masuk Zakry. La..budak bertuah ni. Mana orang gilanya?” ibuku terus mempelawa pemuda itu masuk ke dalam rumah.
Alahai mak ni. Cakap saja yang lebih tapi terus diajaknya masuk. Dah tu..siap dengan nama sekali mak aku tahu. Siapa pulak mamat ni?

“ Apa khabar Mak Long? Mak Long ni dah dapat cucu tapi tak bagitau kat Zakry pun,” ujarnya seraya menyalami ibuku. Dia duduk setelah dipelawa oleh ibuku. Sambil itu dia sempat melemparkan senyuman sinisnya kepadaku yang masih lagi berdiri memerhatikannya di tepi pintu. Malunya aku mendengar kata-kata itu tapi apa nak buat. Dah terlanjur aku berkata-kata ni la padahnya.

“ Ai...bila pulak Mak Long dapat cucu? Siapa yang dah kahwin pulak dalam rumah ni. Jangan merepek la, Zakry. Eh..budak bertuah ni. Dok berdiri kat situ lagi. Pergi la buatkan air,” ujar ibuku dan aku tanpa membantah terus menuju ke dapur. Baru aku ingat..ni la dia Adam Zakry. Orang yang selalu bergaduh dengan aku masa kecik-kecik dulu. Alamak malunya. Mana nak disorokkan muka ni. Tu dia...rancaknya mak aku sembang dengan si Zakry ni sampai ke dapur dengarnya.

“ Ha...Zakry! Ni la Dhia. Yang selalu Zakry usik masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni dah besar dah. Dhia ni tengah tunggu keputusan SPM. Sambil-sambil tu dia mengajar tuisyen kat budak-budak taman ni. Ha...Dhia, jangan panggil orang gila kat Zakry ni. Dia ni pandai tau. Baru balik dari England,” ibuku terus memperkenalkan tetamu itu padaku sebaik sahaja aku menghidangkan minuman. Terasa ingin beredar dari situ tapi ibu menarik tanganku supaya duduk di sebelahnya, berhadapan dengan Zakry.

“ Hai...last-last saya tau jugak nama Dhia ya. Dhia dah kahwin ya? Kenapa tak tunggu abang? Hmm..mana anak Dhia yang lima orang tu?” tanpa mempedulikan ibu dia terus mengajukan soalan padaku.

“ Ada kat dalam kotak. Anak kucing. Lima ekor semuanya. Tiga jantan dan dua betina,” jawabku, tiada keyakinan dan kegarangan lagi dalam nada suaraku. Yang ada cuma perasaan malu dan aku terus menundukkan wajahku.

Mukaku sudah merah padam menahan malu. Zakry hanya tertawa mendengarnya. Ibu masih terpinga-pinga dengan situasi itu pun turut sama ketawa, sangkanya Zakry hanya mahu mengusikku tanpa mengetahui kebenarannya. Hanya aku sahaja yang memendam rasa malu dan aku terus mengangkat wajah menatap wajahnya. Dan pandangan bersambung lagi. Sekali lagi perasaanku bergetar dan ini kali pertama aku merasakannya. Lantas aku menghadiahkan senyuman padanya untuk mengurangkan getaran di dadaku ini dan dia hanya terpaku menyambut senyumanku itu.

Selepas peristiwa itu, hubungan kami makin akrab dan akhirnya hati kami bertaut antara satu sama lain. Ternyata Zakry setia dengan cintanya terhadap aku dan dia terus menunggu aku menghabiskan pengajian di UiTM. Kami akhirnya bertunang setelah pengajianku tamat dan tak lama lagi bakal melangkah ke alam perkahwinan. Hubungan kami ternyata direstui oleh kedua-dua belah pihak. Aku menyayanginya sepenuh hati dan aku tidak pernah membuka pintu hati ini kepada mana-mana lelaki selainnya.
Tetapi, kenapa kini aku mula merindui lelaki lain selainnya? Kenapa? Sedangkan tak lama lagi aku akan berkahwin dengan Zakry. Ohh.. Hakimi. Kenapa aku harus merindui dirimu?

“ Hoi mak cik! Mananya tunang kau? Tak sampai lagi ke? Dah nak habis lunch hour ni,” sergahan Fia memadamkan segala memori indah aku bersama Zakry. Sambil mengurut-ngurut dada, aku menjeling marah kepadanya.

“ Kau ni tak habis-habis sergah aku. Lama-lama sakit jantung dengan perangai kau ni,” Fia hanya ketawa mendengar bebelanku.

“ Eh...mananya tunang kau tu, Dhia? Nak jugak aku tengok! Dah dekat pukul dua ni..lunch hour dah nak abis dah,” pertanyaan Fia menggusarkan hatiku. Mana taknya, Zakry tak datang-datang lagi. Selalunya kalau terlewat pun tak adalah sampai nak habis lunch hour. Hatiku mula berasa tidak senang, lantas aku cuba menelefon tunangku itu...namun nombor tunangku itu berada di luar kawasan.

“ Tak tau la, Fia. Selalunya tak la lewat macam ni. Aku tak sedap hati ni. Macam mana ya? Aku try call pun tak dapat.aku nak kena buat apa ni Fia?” tanyaku, keresahan.

“ Eh..Fia, Dhia...buat apa kat luar office ni. Dah makan ke?” belum sempat Fia menjawab pertanyaanku, kedengaran satu suara menyapa kami dari belakang lantas aku dan Fia berpaling kepada tuan empunya suara itu. Perasaanku bergetar hebat... Hakimi. Macam tahu-tahu aje aku rindukan dia. Terbang segala keresahanku apabila menatap senyumannya. Sejenak mata kami bertentangan...ada sesuatu yang tidak terungkap dalam renungan matanya...namun aku cepat-cepat melarikan pandanganku itu. Tidak mahu aku menafsir apa yang tersirat di sebalik renungannya itu dan aku tidak mahu melayan perasaan cinta yang hadir secara tiba-tiba ini.

“ Abang Hakimi. Ingatkan siapa tadi. Tak ada apalah. Ni ha...Dhia ni. Tunang dia janji nak bawak dia keluar makan tapi tak sampai-sampai lagi. Tu la yang dia risaukan tu,” jawab Fia seraya menjeling ke arahku. Aku hanya mampu tersenyum. Menyembunyikan keresahan dalam hati.

“ Nanti-nanti sampaila tu. Hmm...tak sangka dah nak kahwin rupanya Dhia ni. Muda lagi pulak tu. Tinggal la abang ni...dah nak masuk 30 tapi tak kahwin-kahwin lagi,” aku hanya tersenyum mendengar dia bersuara.

Kalau tak silap aku dia ada kata yang dia kena pergi out-station minggu ni tapi macam mana boleh ada kat office pulak hari ni. Dia masih merenungku dengan senyuman. Hai Hakimi...janganlah cuba nak goda tunangan orang ni... berdosa tau.
Aku kembali membuang pandanganku ke arah simpang masuk ke pejabatku. Keresahan makin bermukim di hatiku. Fia dan Hakimi lantas meninggalkan aku setelah aku menolak pelawaan mereka untuk masuk ke dalam office. Aku harus menunggu Zakry.
Aku merenung cincin pertunanganku di jari manis. Aku harus membuang perasaan ini. Aku harus menyayangi Zakry bukannya Hakimi. Cincin itu agak longgar di jari manisku dan secara tidak sengaja cincin itu tertanggal dan jatuh. Aku yang terkejut terus membongkok dan mengambil cincin itu. Tetapi sekali lagi aku terkejut apabila mendapati cincin itu terbelah dua...takkan jatuh sikit macam tu boleh terbelah dua?

Eh...orang tua-tua kata kalau sesuatu perkara terjadi secara tak disangka ni ada maknanya...apa maksudnya ya? Hai...macam mana boleh terbelah dua ni? Alamak! Macam mana aku nak jawab dengan Zakry nanti. Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang terjadi pada Zakry ni? Tiba-tiba handphoneku berbunyi dan sekali lagi tertera nama Zakry di skrin. Keresahanku memudar dan aku terus menjawab panggilan itu.

“ Hello...abang kat mana ni? Abang tak da apa-apa ke?” bertalu-talu pertanyaanku tanpa memberi peluang kepada Zakry untuk bersuara.

“ Hello...Dhia...ni bukan Zakry. Saya kawan Zakry...Shafiq. saya harap Dhia bawak-bawak bersabar dengan apa yang akan saya katakan ni...Zakry ada kat hospital sekarang ni. Dia kemalangan tadi...keretanya bertembung dengan lori. Saya harap Dhia dapat ke hospital dengan segera. Sama-sama la kita doakan keselamatan Zakry...Dhia! Dhia!...” aku tidak mampu lagi mendengar segala kata-kata Shafiq itu.
Terasa tidak berdaya untuk aku melangkah. Apakah aku bermimpi? Ya Allah janganlah kau menduga aku dengan perkara yang sebegini...aku tak mampu untuk menghadapinya. Zakry... jangan tinggalkan diri ini. Aku harus ke hospital...ya, aku harus berjumpa dengan Zakry. Tetapi aku mesti mencari Fia dulu...pertanyaan Tania, penyambut tetamu di syarikatku tidak mampu aku jawab.

“ Fia... tolong aku, Fia. Zakry accident...dia ada kat hospital,” ujarku dan ternya Fia terkejut mendengar berita yang baru aku khabarkan kepadanya itu.
Fikiranku kosong dan aku tidak mampu berfikir lagi, namun tiada air mata yang mengiringi kesedihanku ini...hanya kekeliruan. Kurasakan keadaan sekeliling gelap dan aku hanya mendengar suara Fia yang menjerit memanggil namaku berselang-seli dengan suara Hakimi dan selepas itu aku tidak mengingati apa-apa lagi.

“ Aku terima nikahnya, Nur Dhia Darwina binti Ashaari dengan mas kahwinnya 120 ringgit, tunai,” dengan sekali lafaz, aku kini sah menjadi isterinya. Setelah cincin disarungkan ke jari manisku, aku menyalami serta menciumi tangannya. Pandangan kami bersatu apabila aku mengangkat wajah. Fia hanya tersenyum sambil mengusik-ngusik.

“ Dhia...terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang... I Love U,” ujarnya dan setelah itu dia menghadiahkan ciuman di dahiku. Aku hanya mampu menundukkan wajahku menahan malu dengan renungan saudara maraku.

Akhirnya kami disatukan...Hakimi kini sah menjadi suamiku. Tidak pernah ku menduga yang aku akan berkahwin dengannya. Kepergian Zakry tujuh bulan yang lalu benar-benar telah menutup pintu hatiku untuk menerima mana-mana cinta lagi... Pemergian yang telah membuatkan aku hilang hidup buat seketika. Zakry meninggal dunia setelah meninggalkan pesanan terakhirnya kepadaku. Tidak ku duga, percintaan kami selama tujuh tahun berakhir dengan kematian...

Kepergian Zakry telah mengosongkan jiwaku sehinggalah Hakimi berjaya mengisi semula kekosongan ini. Hakimi... lelaki yang pernah kurindu ketika percintaanku dengan Zakry kini menjadi suamiku. Aku tidak pernah menduga sama sekali bahawa Hakimi adalah abang kandung Zakry yang telah terpisah sejak kecil akibat perceraian kedua ibubapa mereka.
Padaku Zakry berpesan supaya menerima cinta Hakimi yang sememangnya telah lama berputik untukku sejak aku di bangku sekolah menengah lagi. Cuma aku tidak mengenalinya. Dia mencintaiku secara diam-diam... dan ternyata dia yang terlebih dahulu mencintaiku sebelum Zakry, adik kandungnya.
Begitu lama dia memendam kasih terhadapku. Pemergian Zakry telah menyatukan kami berdua. Zakry...kasihku padamu tidak akan berubah...biarlah aku cuba menyayangi abang kandungmu ini demi dirimu. Semoga rohmu ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.

Adam Zakry... doakan kebahagiaanku. Demi cintaku padamu... aku akan belajar mencintai Hakimi sepenuh hatiku. Walaupun cintaku terhadapnya mungkin tidak setanding dengan cintaku terhadap dirimu, namun biarlah aku membahagiakan dirinya kerana dirinya juga adalah sebahagian dari dirimu. Biarlah cintanya terhadapku selama ini terbalas.
Adam Hakimi... aku akan belajar menyayangi dirimu. Ya Allah! Kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerima cinta suamiku ini. Ya Allah...semaikanlah cinta dan rindu antara kami. Berilah aku petunjuk... sesungguhnya aku tidak mengerti. Bahagiakanlah hidup kami. Ikhlaskanlah hatiku dalam menyayanginya. Aku pasrah dengan setiap ketentuan-Mu, Ya Allah! Amin.......